Saturday, January 5, 2013

Hantaran aku = hantaran kau????




Selalu orang cakap bila perempuan letakkan hantaran banyak-banyak macam berpuluh dan berbelas ribu, macam nak jual anaklah, ada emas ke kat dia puya *tuuuuuuutttttt*, hebat sangat ke perempuan tu sampai hantaran pun mahal? Tinggi sangat ke tahap pandai budak tu smpai mintak tinggi sangat dan banyak lagilah umpatan orang keliling.


Bagi aku, aku takde masalah langsung bab berapa pun hantaran yang bakal pengantin perempuan tu mintak, ikut suka depalah nak mintak berapa pun sebab selalunya bab hantaran ni maksud aku duit atau barangan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan yang akan bincang dan persetujui bersama. So kalo dua-dua dah setuju contohnya kasi RM10,000 tak perlu ada masalah lain yang timbul. Kalau setakat suara-suara longkang tu abaikan je.


Berdasarkan pemahaman aku, duit hantaran nie kebanyakannya akan digunakan untuk kenduri kendara. Pihak perempuan akan guna untuk beli macam katil ke, pelamin, baju kahwin, duit belanja kenduri dan banyak lagi benda-benda kecik yang tak nampak tapi alih-alih duit je keluar.


Lagi satu duit hantaran nie berguna untuk keluarga yang kurang mampu. Aku ambil contoh diri sendiri jelah senang. Makbapak aku dah tua, takde pendapatan tetap so korang rasa makbapak aku banyak ke simpanan sampai berjuta-juta untuk hulur sikit masa kenduri kahwin aku nanti? Sume perbelanjaan kahwin aku nanti dah sah-sah atas batu jemala beta. Yesss aku memang kena berbelanja sebab itu kenduri aku, tapi banyaklah pulak duit aku untuk simpan berpuluh-puluh juta dalam tempoh baru 3 tahun aku bekerja???


So, dekat situlah letaknya kegunaan duit hantaran tu. Duit tu akan tampung mana-mana yang lompong dan aku tak biasa pulak dengar duit hantaran tu kena bahagikan bersama dengan bakal suami kononnya itu adalah duit selepas perkahwinan. Puihhhhhhhhhlah statement macam tue.



Bagu aku meriah atau tidak sesuatu perkahwinan tu bergantung kepada niat masing2 dan bukannya kalo besar majlisnya sebab nak menunjuk kat orang kampung. Contohnya aku (lagi), aku anak perempuan sorang dalam family dan makbapak aku memang dah tentu-tentu nak tengok aku berkahwin dan semestinyalah majlis aku nanti tak besar mesti ada sikit elemen kemeriahannya. Macam tu jugak bagi family yang baru nak sambut menantu sulung. Yessss memang sepatutnya fikirkan anak-anak lain yang ada tapi hati makbapak nie kita bukan boleh jangka. Dia punya eksited tu lain macam dan tak perlulah dengan longkangnya kita untuk bangkang dan cakap 'makbapak aku tak excited pun'!!!!


HOoiiiiiiii....makbapak kamu dan makbapak si pengantin nie kongsi uri yang sama ke??Tak perlu nak bandingkan sangatlah. Aku faham setiap makbapak mesti akan teruja bila nak buat kenduri tambah2 lagi bila itulah permulaan kenduri dalam keluarga tu. Jangan bohonglah cakap tak rasa apa-apa. Kau tahu ke apa rasa makbapak ko???puihhhhh.


Aku bercakap pasal benda nie bukan apa cuma teringatkan perbualan dengan seseorang yang kemain menghentam perempuan yang mintak hantaran tinggi. Kononnya hantaran tinggi tu tak sepadan dengan personaliti perempuan yang tak menutup auratlah, katanya kenduri kendara tu macam pembaziranlah, duit  hantaran tu tak sepatutnya guna untuk kenduri sebab itu duit bersama antara lelaki dan perempuan. Puihhhhhlah aku tak bleh terima langsung pandangan dia lagi2 bila dia cakap kita semua kena berbalik kepada Islam sebab Islam itu mudah dan kita nie banyak sangat terikat dengan adat.




YESSSSSSS......aku paham apa yang cuba dia sampaikan cuma bila dia cuba khutbahkan aku, aku terus rasa hoiiiiiiiiiii tak beragak punya nasihat. Aku taknak tanya banyak, aku nak tanya satu..eh dua kot..ko masa bulan puasa cukup tak puasa ko? sehari sembahyang 5 waktu ko lengkap tak?? Aku banyak sangat jumpa spesis macam makhluk ni bila nasihatkan orang kemain berapi-api padahal diri sendri ntah hapa-hapa. Contohlahkan seorang perempuan nasihatkan aku bab aurat tapi dengan keadaan  diri dia berskirt pendek. Ok, aku memang terima nasihat sebab benda yang baik dan betul apsal pulak aku nak nafikan, betul tak?? Cuma bila dia nasihatkan aku dalam keadaan dia macam tu, memang ketokohan dia zerolah kat mata aku.


Macam makhluk nie, aku cuma boleh cakap dekat dia..situasi yang dia mahukan ikut piawaian dia tu belum lagi berlaku depan mata so engkau boleh cakap apa-apa pun. Cuba benda tu sedang berlaku barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Benda ni jangan cakap takbur kononnya nak majlis kamu begitu dan begini. Kononnya mahu didik anak begitu dan begini. Perkahwinan haruslah begitu dan begini. Hoiiiii benda tak jadi lagi bolehlah merancang macam-macam, tengok nanti bila nak berlangsung hahhhhhhhhhhh kalo kau merungut kat telinga aku, memang makilah mendapatnya.


Seriuslah aku memang menyampah sangat dengan spesis macam nie. Memang tak boleh masuk langsung rasa nak tumbuk je muka. Bercakap pandai tapi takdelah pulak reti nak tengok diri kat cermin dulu....HUHHHHHHHH.

No comments:

Post a Comment